Ibu tunggal rugi RM1.2 juta diperdaya scammer

SEORANG pengurus pelaburan sebuah syarikat yang juga ibu tunggal kerugian RM1.2 juta selepas diperdaya sindiket penipuan yang mendakwa mangsa terbabit dalam kegiatan penggubahan wang haram dan pecah amanah, Julai lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat berkata, suspek menggunakan modus operandi dengan menghubungi mangsa dan memaklumkan dia terbabit dalam kegiatan penggubahan wang haram serta kes pecah amanah.

Menurutnya, mangsa kemudian diminta membayar sejumlah wang bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Disebabkan terlalu takut, dia mengeluarkan semua wang simpanan, duit dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta menggadai barang kemas membabitkan jumlah keseluruhan bernilai RM1.2 juta.

“Pada masa sama, mangsa tidak memaklumkan kejadian kepada sesiapa dan hanya tampil membuat laporan polis dua minggu lalu, iaitu dua bulan selepas kejadian,” katanya.

Mohd Yusuff berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini, lapor Buletin TV3.

Mengulas lanjut, beliau berkata, susulan laporan diterima, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Katanya, pihaknya turut meminta bantuan Bukit Aman untuk mengesan suspek.

“Kes ini boleh dikatakan jumlah kerugian paling tinggi membabitkan individu untuk tahun ini.

“Oleh itu, kita mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan diterima, sebaliknya merujuk kepada balai polis berhampiran,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here