‘’Ikut telunjuk DAP naratif lapuk!’’ – Anthony Loke

SETIAUSAHA Agung DAP Anthony Loke  menyifatkaan dakwaan bahawa kerajaan dipengaruhi atau mengikut ‘telunjuk’ DAP adalah naratif lapuk yang terus dimainkan untuk memburukkan Pakatan Harapan (PH).

Tegasnya, dasar dan keputusan kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri Sembilan dibuat secara kolektif menerusi perbincangan dan konsensus semua parti komponen, bukannya mengikut telunjuk mana-mana pihak.

Beliau berkata dalam kerajaan Persekutuan, semua parti termasuk DAP, UMNO dan PKR mengemukakan pandangan masing-masing sebelum keputusan dimuktamadkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak ada lagi alasan lain selain nak salahkan DAP? Apa sahaja dalam gabungan kerjasama politik ini, ada ruang untuk berbincang. Sebagai rakan komponen dan anggota pentadbiran, sudah tentu kita bagi pandangan, takkanlah hanya duduk membisu sahaja.

“UMNO juga bagi pandangan, PKR juga bagi pandangan tetapi akhirnya, perdana menteri membuat pertimbangan, bukannya ikut telunjuk mana-mana pihak,” katanya lapor FMT.

Pada Jumaat  lalu ketika berkempen di Kota Tinggi sempena PRN Johor, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, model pentadbiran tanpa sebarang penggabungan politik politik itu membolehkan keputusan negeri dibuat secara terus demi kepentingan rakyat tanpa perlu membuang masa.

“Bukan riak, bukan takbur, tapi ini yang rakyat nak. Rakyat bagi tahu kita tak payah bergabung. Jangan buang masa. Tengok Johor, jadi negeri nombor satu kerana tak payah bergabung.

“Buat keputusan tak payah tanya DAP, tak payah tanya PH, tak payah tanya Amanah, tak payah tanya PKR. Jalan ke hadapan. Itu saja,” katanya.

Loke seterusnya menegaskan,  amalan sama dilaksanakan di Negeri Sembilan apabila Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mendapatkan pandangan semua parti komponen sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Menurut Loke, dakwaan mengatakan orang Melayu terancam di Negeri Sembilan juga tidak berasas memandangkan negeri itu diterajui Menteri Besar berbangsa Melayu manakala dasar serta program kerajaan terus menjaga kebajikan semua rakyat.

“Selalu kata Melayu terancam, ini taktik lama. Apa yang terancam? Di Negeri Sembilan semuanya baik-baik sahaja.

“Menteri besar Tetap orang Melayu dan program serta dasar kerajaan menjaga kepentingan rakyat, termasuk orang Melayu terus dilaksanakan sejak PH mentadbir negeri ini pada 2018,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img