Iran kecam hasrat AS sekat Selat Hormuz , ikrar pertahan kedaulatan

IRAN mengecam tindakan Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan terhadap transit maritim di perairan antarabangsa, sambil menyifatkan rancangan sekatan laut oleh Presiden Donald Trump sebagai tindakan haram dan satu bentuk “lanun maritim”.

Dalam kenyataan hari ini, jurucakap Markas Pusat Khatam al-Anbia menegaskan bahawa Angkatan Tentera Iran menganggap mempertahankan hak sah negara sebagai satu tanggungjawab semula jadi dan berlandaskan undang-undang.

Sehubungan itu, pelaksanaan kedaulatan Republik Islam Iran di perairan wilayahnya merupakan hak mutlak rakyat negara tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, keselamatan di perairan wilayah Iran akan terus dijamin oleh angkatan tentera, dan seperti yang telah berulang kali dinyatakan, kapal yang mempunyai kaitan dengan musuh tidak dibenarkan melalui Selat Hormuz. Bagaimanapun, kapal lain masih dibenarkan melalui selat itu dengan syarat mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Iran.

Kata kenyataan itu, berikutan ancaman berterusan terhadap keselamatan negara Iran walaupun selepas tamatnya peperangan, Tehran akan melaksanakan mekanisme kawalan tetap ke atas Selat Hormuz.

Kenyataan tersebut turut mengutuk tindakan Amerika Syarikat sebagai “jenayah” dan satu langkah yang melanggar undang-undang antarabangsa, selain menyifatkannya sebagai lanun maritim.

Selain itu kenyataan berkenaan turut memberi amaran bahawa keselamatan pelabuhan di Teluk Parsi dan Laut Oman tidak boleh dipisahkan — sama ada terjamin untuk semua pihak atau tiada bagi sesiapa.

”sekiranya keselamatan pelabuhan Iran di kedua-dua kawasan tersebut terancam, maka tiada mana-mana pelabuhan di rantau itu akan berada dalam keadaan selamat,’’ kata kenyataan itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img