Iran laksanakan hukuman mati ke atas dua individu tali barut Mossad

DUA  anggota rangkaian perisikan yang dikaitkan dengan Mossad telah dihukum mati di Iran selepas sabitan dan hukuman mereka disahkan oleh Mahkamah Agung negara itu.

Menurut Pusat Media Badan Kehakiman Iran, kedua-dua individu tersebut, Mohammad Masoum Shahi dan Hamed Validi, didakwa merupakan sebahagian daripada rangkaian pengintipan yang berhubung dengan pegawai perisikan Israel melalui ruang siber serta perjalanan ke wilayah Kurdistan di Iraq.

Mereka dilaporkan menerima latihan berkaitan operasi keganasan dan taktik sabotaj sebelum kembali ke Iran. Kedua-duanya didakwa terlibat dalam membakar beberapa lokasi ketenteraan dan awam, selain menghantar rakaman tindakan tersebut kepada pengendali mereka serta menerima bayaran dalam bentuk mata wang kripto.

Selain itu, mereka juga didakwa memasang bahan letupan dan memindahkannya ke lokasi pelancaran, namun berjaya ditahan sebelum sebarang serangan dilaksanakan. Pihak berkuasa turut merampas 10 peluru letupan yang sedia digunakan.

Hasil pemeriksaan lanjut menemukan peluru, bahan letupan siap guna serta bahan pembuatan mortar di kediaman suspek di Karaj dan Isfahan, selain sebuah lokasi persembunyian di Tehran.

Kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Revolusi di Karaj selepas siasatan selesai dan pertuduhan difailkan oleh pihak pendakwa raya. Antara pertuduhan termasuk “memerangi Tuhan” (moharebeh), “bekerjasama dengan kumpulan musuh dan rejim Israel”, “berkonspirasi terhadap keselamatan negara”, serta “keanggotaan dalam kumpulan pengganas”.

Selepas proses perundangan dan rayuan ditolak, hukuman mati ke atas kedua-dua tertuduh dilaksanakan pada awal pagi Isnin.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img