‘’Iran niat baik berunding tetapi AS sering ubah pendirian’’ – kata Baghaei

JURUCAKAP Kementerian Luar Iran, Ismail Baghaei, menegaskan bahawa Iran memasuki rundingan dengan niat baik dan penuh kesungguhan, namun pihak lawan didakwa gagal menunjukkan komitmen yang sama.

Baghaei dalam temu bual bersama BBC berkata pihak yang berunding sering mengubah pendirian mereka, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap keseriusan proses diplomatik.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa Iran pernah bersetuju untuk menyertai rundingan sebelum menarik diri, sambil menyindir bahawa tindakan melanggar komitmen lebih sinonim dengan Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan sama, Baghaei menyifatkan sekatan laut terhadap pelabuhan Iran di Selat Hormuz oleh Amerika sebagai tindakan agresif yang masih berterusan. Menurutnya, langkah tersebut mencerminkan sikap yang tidak selari dengan semangat rundingan diplomatik.

Beliau juga menolak tuduhan Donald Trump bahawa Iran melanggar gencatan senjata dengan tidak membuka Selat Hormuz. Sebaliknya, Baghaei menjelaskan bahawa Iran sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk membuka laluan maritim mengikut koridor yang ditetapkan.

Baghaei turut mendakwa bahawa Trump pada awalnya mengucapkan terima kasih kepada Iran susulan kenyataan tersebut, namun kemudiannya mengubah pendirian dengan mengekalkan sekatan.

Menyentuh isu rundingan akan datang, beliau berkata Iran belum membuat keputusan untuk menyertai perbincangan di Islamabad dan hanya akan berbuat demikian sekiranya ia selaras dengan kepentingan nasional negara itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img