Iran tutup Selat Hormuz, beri amaran tembak kapal melintas

KOR Pengawal Revolusi Iran (IRGC) hari ini menutup sepenuhnya Selat Hormuz dan mengancam akan menyerang mana-mana kapal yang cuba melintasi selat tersebut.

“Selat Hormuz telah ditutup. Kapal-kapal yang cuba melintasinya akan diserang,” demikian kenyataan rasmi IRGC.

Pada Isnin, IRGC memaklumkan bahawa mereka telah mengebom sebuah kapal tangki minyak yang didakwa cuba melintasi Selat Hormuz secara haram.

Menurut kenyataan IRGC, kapal tangki yang dinamakan Athena Nova, milik sekutu Amerika Syarikat (AS), telah diserang menggunakan dron.

IRGC berkata, selepas serangan itu, kebakaran tercetus di atas kapal Athena Nova.

Selat Hormuz diketahui sebagai laluan bagi kira-kira satu perlima daripada jumlah perdagangan minyak dunia dan juga merupakan laluan utama eksport gas asli cecair (LNG) dari Qatar dan United Arab Emirates. Sekitar 20 peratus daripada penggunaan minyak harian dunia (kira-kira 20 juta tong sehari) melalui laluan ini.

Tindakan IRGC menutup Selat Hormuz dilaporkan sebagai sebahagian daripada serangan balas Iran susulan pembunuhan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, pada Sabtu lalu oleh Israel dan AS.

Serangan balas Iran berterusan hampir tanpa henti sehingga Isnin, menyasarkan wilayah Israel dan negara-negara di rantau tersebut yang menjadi pangkalan udara AS.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img