Tentera AS terbunuh: Washington kata 6 orang,Iran dakwa 650 orang

ANGKA kematian tentera Amerika Syarikat (AS) berikutan serangan negara itu bersama rejim Zionis Israel ke atas Iran menjadi persoalan.

AS yang tidak menyangka tindak balas Iran mendakwa hanya enam anggota tenteranya  terbunuh ketika operasi mengebom negara Republik Islam itu  pada Sabtu lalu.

“Pasukan AS baru-baru ini menemukan mayat dua anggota yang sebelum ini tidak dapat dikesan dari sebuah kemudahan yang diserang ketika serangan awal Iran di rantau ini,” kata U.S. Central Command (CENTCOM) dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mendakwa, selepas dua hari serangan itu tercetus, seramai 650 tentera Amerika terbunuh dan cedera.

Daripada jumlah tersebut, 160 rakyat Amerika terbunuh dan cedera dalam serangan yang menyasarkan ibu pejabat tentera Amerika di Baharin.

 Jurucakap IRGC Sardar Ai Mohammed Naeini dalam satu kenyataan berkata, peluru berpandu dan dron kor itu  telah menyasarkan ibu pejabat tersebut beberapa kali.

‘’Selain itu, Kapal sokongan tempur MST dari Amerika telah mengalami kerosakan teruk akibat serangan peluru berpandu daripada Tentera Laut IRGC.

‘’Empat peluru berpandu kruis telah dilancarkan ke arah USS Abraham Lincoln, dan selepas peluru berpandu Iran dilepaskan, kapal tersebut dilaporkan berundur ke arah tenggara Lautan Hindi,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img