Anwar beritahu  PM Pakistan tindakan AS,Zionis cabul undang-undang antarabangsa

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif bagi bertukar-tukar pandangan berhubung perkembangan di Asia Barat.

Melalui Facebook beliau, Perdana Menteri berkata, mereka berkongsi kebimbangan terhadap situasi yang semakin meruncing susulan serangan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS).

‘’Saya menegaskan bahawa tindakan ini merupakan pencabulan terhadap prinsip undang-undang antarabangsa serta Piagam PBB.

‘’Kami turut senada bahawa semua pihak yang terlibat perlu segera menghentikan serangan, melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat dan kembali ke meja rundingan bagi meredakan ketegangan yang semakin memuncak,’’ katanya.

Beliau berkata, pada masa sama, Shehbaz memaklumkan perkembangan mengenai ketegangan antara Pakistan dan Afghanistan, serta berkongsi pandangan tentang inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi merintis jalan damai antara kedua-dua negara.

‘’Saya menegaskan bahawa semua pihak perlu menahan diri dan mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan. Malaysia menggesa agar ketegangan ini ditangani melalui dialog dan saluran diplomatik,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img