‘Jenayah telekomunikasi jadi penyumbang terbesar kes komersil’ – JSJK

JUMLAH laporan polis berkaitan jenayah komersil bagi suku pertama tahun ini mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 12.89 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, jumlah laporan meningkat daripada 57,260 kes pada 2025 kepada 64,643 kes bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

“Bagaimanapun, jumlah kerugian menunjukkan sedikit penurunan iaitu sebanyak RM22 juta atau 2.8 peratus, daripada RM787 juta kepada RM764 juta.

“Tindakan pendakwaan turut meningkat apabila 5,140 kertas siasatan berjaya dituduh di mahkamah berbanding 4,525 kes sebelum ini,” katanya pada sidang media di Menara KPJ, hari ini.

Menurutnya, trend semasa menunjukkan jenayah dalam talian kekal sebagai ancaman terbesar.

“Lebih 87 peratus daripada keseluruhan kes jenayah komersil direkodkan adalah penipuan dalam talian bagi tempoh awal 2025 dan 2026.

“Jenayah telekomunikasi menjadi penyumbang terbesar dalam kategori ini,” katanya.

Beliau berkata, bagi suku pertama 2026 sahaja, jenayah telekomunikasi merekodkan 5,981 kes dengan kerugian melebihi RM173 juta.

“Ia diikuti jenayah e-dagang dengan 4,858 kes melibatkan kerugian RM30.4 juta,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti penipuan, khususnya sindiket pusat panggilan yang memperdaya orang awam.

“Orang ramai juga diingatkan supaya tidak menjadi keldai akaun atau menyewakan akaun bank kepada sindiket penipuan.

“JSJK tidak akan teragak-agak mengambil tindakan maksimum termasuk pendakwaan di mahkamah,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img