Jenazah Ali Khamenei akan disemadikan di Mashhad selepas empat bulan dibunuh AS-Israel

SELEPAS empat bulan dibunuh oleh Amerika Syarikat dan Israel, jenazah bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei di Mashhad pada 16 Jun ini bersamaa 1 Muharram 1448 Hijrah.

Timbalan Datuk Bandar Tehran bagi Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Mohammad-Amin Tavakolizadeh, berkata bahawa perarakan pengebumian akan diadakan di tiga bandar iaitu Tehran, Qom dan Mashhad.

Tavakolizadeh berkata jenazah Khamenei akan disemadikan bersebelahan makam Imam Ali al-Ridha (Imam Reza) dan perarakan pengebumian dijangka berlangsung pada penghujung Zulhijah serta awal Muharam.

Imam Reza adalah  imam kelapan daripada 12 imam dalam mazhab Syiah Imamiyah.

Tavakolizadeh menegaskan bahawa upacara pengebumian itu akan menarik kehadiran terbesar komuniti Syiah dan umat Islam di dunia.

Merujuk kepada pengumuman tempoh berkabung awam di Iraq serta penganjuran upacara pengebumian simbolik di bandar-bandar negara itu, beliau berkata suasana yang belum pernah berlaku sebelum ini dijangka berlaku semasa pengebumian tersebut di negara-negara Islam seperti Kashmir, Pakistan, India, Afghanistan dan Yemen.

Allahyarham Ali Khamenei dibunuh oleh AS dan Israel, pada 28 Februari lalu melalui serangan udara yang menjadikan pejabat pemimpin itu sebagai sasaran.

Iran membalas dengan gelombang serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan kepentingan AS dan Israel di seluruh rantau itu.

Sebagai sebahagian daripada langkah mempertahankan diri, Iran turut mengenakan kawalan ke atas Selat Hormuz pada hari-hari awal perang.

Sejak itu Iran mengekalkan kuasa terhadap pelayaran di laluan perairan strategik tersebut, dengan membenarkan kapal-kapal melalui kawasan itu tertakluk kepada peraturan negara itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img