Jerebu: Sambutan Hari Malaysia di Sarawak diteruskan dalam bangunan

SAMBUTAN Hari Malaysia 2026 pada 16 September ini akan tetap diteruskan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak meskipun keadaan jerebu ketika ini agak membimbangkan.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri mengambil maklum situasi jerebu khususnya di Kuching dan Serian yang berkemungkinan menjejaskan penganjuran acara di kawasan terbuka.

DATUK Seri Fahmi Fadzil

“Sambutan Hari Malaysia tidak terjejas memandangkan acara berkenaan akan berlangsung di dalam bangunan.

“Bagaimanapun untuk sambutan Hari Malaysia, ia akan diadakan di dalam bangunan pada 16 September di sebelah malam,” katanya dalam sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi di Putrajaya hari ini.

Setakat jam 3 petang tadi, keadaan jerebu di beberapa kawasan di Sarawak menunjukkan dua kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya iaitu di IPD Serian (317) dan Kuching (308).

Manakala lima kawasan di Sarawak iaitu di Samarahan, Sarikei, Sibu, Sri Aman dan Mukah merekokan IPU pada tahap sangat tidak sihat.

Fahmi sebelum ini memaklumkan, keputusan untuk menetapkan BCCK sebagai lokasi Sambutan Hari Malaysia tahun ini dipersetujui dalam mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan bersama Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pemilihan BCCK dibuat selepas pihak jawatankuasa meneliti kesesuaian lokasi berkenaan, khususnya dari segi ruang bagi menampung penganjuran sambutan berskala besar.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here