Bayi dalam tong sanitari: Polis tahan lelaki Myanmar, wanita tempatan

POLIS menahan seorang lelaki warga Myanmar dan wanita tempatan bagi membantu siasatan kes penemuan bayi lelaki dalam tong sanitari di tandas orang kurang upaya (OKU) Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, kedua-dua mereka yang berusia 22 dan 23 tahun ditahan di Kompleks Bukit Jambul dekat Bayan Lepas selepas dikesan hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Menurut beliau, bayi lelaki itu ditemukan pekerja pembersihan selepas terdengar bunyi tangisan dari dalam tong sanitari.

“Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapat rawatan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuwal memberitahu, lelaki warga Myanmar yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat sehingga boleh menjejaskan siasatan.

Media hari ini melaporkan penemuan bayi dalam tong sanitari di lapangan terbang itu dan kejadian dipercayai berlaku pada 31 Ogos lalu dengan bayi itu ditemukan masih mempunyai tali pusat dan uri.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here