Kamal Adli, Uqasha Senrose sah bercerai talak satu

PASANGAN selebriti pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose akhirnya disahkan bercerai talak satu dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Adli, 40, melafazkan cerai talak satu terhadap Uqasha pada jam 12.56 tengah hari di hadapan Hakim Siti Noraini Mohd Ali.

Mahkamah sebelum itu membenarkan permohonan cerai yang difailkan Uqasha, dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada prosiding hari ini, Kamal dan Uqasha hadir bagi menjalani prosiding hakam islah susulan wujud pertikaian apabila Kamal sebelum ini enggan menceraikan isterinya selepas prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai persetujuan.

Uqasha, 34, atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Pasangan pelakon tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 20 bulan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img