Kebakaran di Pasar Borong Selangor: 2,000 tin gas metana bahayakan pasukan penyelamat

DIANGGARKAN sejumlah 2,000 tin yang mengandungi gas metana di dalam premis terbakar mendatangkan bahaya kepada anggota bomba dan penyelamat untuk memadam kebakaran besar yang berlaku di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan, malam tadi.

Kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 10.50 malam tadi dipercayai berpunca dari sebuah kedai barangan logam di kawasan pasar berkenaan.

KEBAKARAN melibatkan sejumlah 2,000 tin metana yang membahayakan anggota bomba dan penyelamat dalam usaha memadam api. GAMBAR: FMT

Kejadian itu memusnahkan premis berkenaan namun pasukan bomba dan penyelamat berjaya mengawal kebakaran sebelum merebak ke bangunan utama pasar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya dimaklumkan ada kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis berkenaan.

“Pada peringkat awal memang berlaku beberapa siri letupan, namun kita berjaya mengawalnya,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian awal pagi ini, lapor FMT.

Menurut beliau, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.04 malam dan api berjaya dikawal pada jam 1.20 pagi dengan tiada mangsa dilaporkan setakat ini.

Operasi itu membabitkan 68 anggota JBPM dari 15 balai bomba dan penyelamat (BBP) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan bantuan 11 pasukan bomba sukarela serta polis.

Ashrul Riezal berkata, operasi turut berdepan kekangan apabila lima pili bomba berhampiran tidak dapat digunakan kerana berada di bawah seliaan pihak swasta.

Menurutnya lagi, punca kebakaran masih dalam siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img