Kejam! Video tular tentera Israel tembak mati dua pemuda Israel walaupun sudah serah diri

KEJAM..mungkin itu perkataan paling sesuai paling menggambarkan kejahatan tentera Zionis di utara Tebing Barat apabila mereka menembak mati dua pemuda Palestin yang sedang berlindung dalam sebuah bangunan yang mahu dirobohkan oleh pengganas Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin mengenal pasti dua lelaki itu sebagai Al-Muntasir Billah Mahmoud Qassem Abdullah, 26, dan Yousef Ali Yousef Asa’sa, 37.

Tentera Israel mengakui tindakan tembakan tersebut dan mendakwa satu siasatan akan dijalankan.

Bagaimanapun Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben-Gvir yang dianggap menteri paling jahat di negara itu serta amat membenci rakyat Palestin mengarah siasatan itu dihentikan.

Beliau menyokong pembunuhan itu kerana menganggap rakyat Palestin adalah pengganas.

Media Israel melaporkan bahawa askar terlibat adalah daripada unit Polis Sempadan yang mendakwa mereka melepaskan tembakan selepas kedua-dua lelaki itu gagal mematuhi arahan.

Pegawai berkenaan memberitahu media Israel bahawa kedua-dua warga Palestin tersebut telah kembali ke bangunan itu bertentangan dengan arahan yang diberikan. Alasan diberikan oleh tentera Israel dikecam pelbagai pihak kerana melalui video yang tular terbukti mereka sengaja membunuh kedua-dua pemuda tersebut.

Berikut urutan peristiwa yang disiarkan PalestinTV melalui platform X :

Dua pemuda Palestin keluar dengan mengangkat tangan dan baju bagi membuktikan mereka tidak ada senjata.

Tentera Israel mengarahkan mereka masuk semula ke dalam bangunan.

Tembakan  pertama untuk membunuh kedua-dua pemuda Palestin itu.

Tembakan kedua dilepaskan bagi memastikan mereka benar-benar sudah meninggal dunia.

: Jentolak tentera Israel meruntuhkan bahagian depan bangunan hingga menimpa jenazah dua pemuda tersebut.

Tentera Israel menarik jenazah kedua-dua pemuda tersebut seolah-olah mereka terbunuh kerana runtuhan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img