Kejam! Wanita Islam sedang riba bayi mati ditembak puak pemisah di Pattani

KEJAM…Mungkin itu sahaja perkataan paling sesuai bagi menggambarkan tindakan ganas puak pemisah Barisan Revolusi Nasional (BRN) di Yarang, Pattani semalam apabila mereka sanggup menembak mati seorang ibu yang sedang meriba bayi berusia dua bulan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, empat pengganas yang menyamar dengan memakai purdah melepaskan tembakan ke arah kereta dinaiki oleh Fatimah Jangok, seorang  guru di Sekolah Prasarn Witthaya Munnithi.

Sasaran utama puak pengganas itu ialah suami Fatimah yang bertugas sebagai anggota polis Sarjan Mejar Adun Sulung. Bagaimanapun tembakan mereka bukan sahaja membunuh Fatimah dan mencederakan Adun tetapi juga bayi mereka, Afrina.

Media melaporkan siasatan awal polis mendapati Adun dan Fatimah ke Sekolah Prasarnmunithi Vitthaya untuk menjemput seorangg lagi anak mereka.

Tiba di sekolah berkenaan empat pengganas yang menaiki dua buah motosikal melancarkan serangan untuk membunuh Adun tanpa mempedulikan Fatimah yang sedang meriba anaknya.

Tindakan kejam puak pemisah BRN itu dikutuk oleh masyarakat di wilayah tersebut memandangkan ia dilakukan ketika umat Islam sedang membuat persiapan menyambut Aidiladha esok.

Hari ini penduduk  Yarang bersama pemimpin agama, pemimpin tempatan, jabatan kerajaan, guru dan pelajar Sekolah Prasarn Witthaya Munnithi di Mukim Pongsata, mengadakan upacara solat hajjat untuk memohon keamanan kembali ke kawasan tersebut.

Mereka turut memasang  sepanduk menentang semua bentuk keganasan.

.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img