Kelulusan gelanggang skuasy: SPRM reman CEO disyaki minta, terima rasuah RM1 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun yang disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1 juta sebagai balasan membantu meluluskan bayaran tuntutan kontraktor berkaitan membina gelanggang skuasy bernilai RM7 juta di ibu negara.

Perintah reman selama lima hari sehingga 18 April depan itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakaria selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 7 malam tadi di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada Mac lalu dan telah meminta rasuah sebanyak RM1 juta.

“Bagaimanapun suspek dipercayai telah menerima kira-kira RM500,000 tunai sebelum Aidilfitri lalu dan RM100,000 lagi semalam daripada kontraktor terbabit di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang,” kata sumber itu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan memaklumkan, kes ini disiasat di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img