Kenyataan fitnah: Wan Saiful fail saman RM10 juta terhadap Tun Faisal

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan memfailkan saman bagi menuntut pampasan RM10 juta terhadap Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkait kenyataan fitnah isu program Jana Wibawa, tahun lalu.

Wan Saiful berkata, writ saman dan penyataan tuntutan terhadap Tun Faisal itu difailkan peguam beliau di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

Katanya, beliau mengarahkan peguamnya memfailkan saman itu selepas Tun Faisal enggan memenuhi tuntutan selepas tiga surat tuntutan dihantar.

“Pada 3 Disember 2025, peguam saya menghantar satu surat kepada Tun Faisal susulan kenyataan fitnah yang dia keluarkan terhadap saya dalam satu podcast The Tiger Show pada 31 Oktober 2025.

“Dalam surat itu, antara lainnya saya menuntut supaya Tun Faisal menarik balik, memohon maaf dan membayar ganti rugi RM10 juta atas kesalahan memfitnah saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Saiful, pada 12 Januari lalu, peguam Tun Faisal telah membalas surat tersebut dan menyatakan bahawa Tun Faisal enggan memenuhi tuntutan beliau.

Katanya, peguam beliau membalas surat tersebut pada 2 Mac dan menghantar satu lagi surat bertarikh 7 Julai meminta Tun Faisal mencadangkan bentuk penyelesaian yang substantif.

“Oleh kerana sehingga hari ini beliau tidak membalas atau memberi apa-apa cadangan, saya telah mengarahkan peguam saya memfailkan tindakan mahkamah yang tegas di Mahkamah Tinggi Shah Alam,” katanya.

Wan Saiful berkata, kenyataan Tun Faisal berkait program Jana Wibawa adalah fitnah dan palsu serta mencemarkan nama baik beliau serta Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img