Kerajaan kaji kaedah tambah baik proses kenaikan pangkat pegawai kanan ATM

KERAJAAN sedang mengkaji kaedah untuk menambah baik proses kenaikan pangkat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan kenaikan pangkat dalam kalangan pegawai kanan ATM kadangkala mengambil masa lebih lama berbanding penjawat awam lain.

Anwar berkata, sebelum ini penjawat awam, termasuk pasukan keselamatan menikmati tangga gaji baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

“Dalam kalangan pegawai tinggi, kadang-kadang kenaikan (pangkat) dia lambat bila dibandingkan atau ketimbang penjawat awam lain. Jadi saya kata kepada KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar), boleh tak kita review (semak)?.

“Dia bukannya banyak sangat, tapi kita tengok peruntukan kewangan. Dalam masa terdekat, kita akan putuskan supaya angkatan bersenjata kita merasakan mereka itu tidak terpinggir dan tidak dipinggirkan dan Insya-Allah kita akan laksanakan,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Malek Razak Sulaiman dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman di Kem Syed Sirajuddin, Gemas hari ini.

Anwar berkata, perkara itu sudah dibincangkan dan akan dimuktamadkan dalam satu mesyuarat yang akan dipengerusikan beliau dalam masa terdekat.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img