Kerajaan Negeri hormati proses undang-undang, exco tak perlu letak jawatan – MB Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu komited menjaga integriti dan menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang sedang berjalan ke atas salah seorang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Menteri Besar Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Moktar berkata, beliau mengambil maklum mengenai isu Exco tersebut yang kini berada di peringkat pendakwaan dan perbicaraan.

‘’Seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah. Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi atau sebarang penilaian awal yang boleh menjejaskan proses keadilan,’’ katanya

Hari ini Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Datuk Hanafiah Mat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu  atas dua tuduhan menggunakan kedudukan untuk kepentingan ahli keluarganya pada 2018 dan 2020.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai yang berusia 66 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Hanafiah didakwa sebagai badan awam, iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi seorang anak lelakinya di Pejabat Epic Berhad di Pangkalan Bekalan Kemaman dekat Teluk Kalong di Kemaman pada 15 Ogos 2018.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan perbuatan sama bagi seorang lagi anak lelakinya pada 18 Jun 2020 di lokasi yang sama.

Mengulas lanjut Ahmad Samsuri berkata, exco terlibat  tidak diwajibkan meletak jawatan,kerana kapasiti beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan.

‘’Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada sistem perundangan menjalankan tugasnya secara profesional.  Semoga kita semua terus dipandu dalam melaksanakan amanah ini,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img