Kerajaan terus teliti langkah tangani kenaikan harga barang

KERAJAAN  akan terus meneliti langkah bersesuaian bagi menangani kenaikan harga barang keperluan dan bahan api yang menjadi perhatian rakyat ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu secara menyeluruh.

Beliau memberitahu, pelbagai bentuk bantuan sedia ada termasuk subsidi bahan api dan sokongan kepada sektor pengangkutan masih diteruskan bagi meringankan beban rakyat.

“Sekarang ini stimulus itu minyak RM1.99, bantuan minyak diesel untuk bantuan pengangkutan bas sekolah itu bantuan, tapi esok kita ada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dari segi keselamatan. MTEN dari segi ekonomi dan kita terus bincang saban hari cari jalan kalau perlu apa-apa tindakan, setakat ini bekalan masih terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mini Konvensyen KEADILAN Terengganu 2026 di Terengganu Equestrian Resort, di Kuala Terengganu, hari ini, lapor Buletin TV3.

Dalam pada itu, Anwar memberi memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas ketika ini masih berada dalam keadaan terkawal, namun pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan kestabilan harga dan bekalan di pasaran terus terjamin.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img