Kereta terbabas rempuh tiang elektrik, dua pemuda maut

DUA lelaki maut selepas kereta dinaiki terbabas dan merempuh tiang elektrik di Jalan Besar Felda Jengka 12, di Maran malam tadi.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 10 malam ketika kereta terbabit dari arah Jangka 13 menghala ke Bandar Pusat Jengka.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta terbabit gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke kiri jalan.

“Akibatnya, kereta itu merempuh tiang elektrik dan menyebabkan pemandu dan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kim Wai, pemandu kereta yang maut dalam kemalangan itu dikenali Mohamad Arif Danial Ramli, 23, berasal dari Felda Jengka 22 dan rakannya Mohamad Ali Mohamed Saat, 31, berasal dari Felda Jengka 11.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk proses bedah siasat.

“Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan. Kes ini  disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img