Wanita maut motosikal bergesel, diseret treler di Kuala Krai

SEORANG wanita maut manakala suaminya cedera selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah treler sebelum diseret dalam kemalangan di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu, mangsa berusia 55 tahun yang membonceng motosikal ditunggang suaminya berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati treler berkenaan dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai ketika kejadian itu.

Menurutnya, pemandu treler berusia 61 tahun menyedari sebuah motosikal bergesel pada bahagian tayar paling belakang sebelah kiri kenderaan dipandunya sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Akibat pergeseran itu, motosikal terbabit terjatuh dan diseret oleh treler menyebabkan pembonceng motosikal cedera parah dan meninggal di lokasi kejadian.

“Suaminya berusia 56 tahun pula mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata, pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk proses bedah siasat.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang menunggang secara melulu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here