Kereta terjunam sungai ditemukan, mayat pemandu masih pakai tali pinggang keledar

SEORANG pemandu lelaki yang dikhuatiri lemas selepas kenderaannya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Ampang Jajar di Jalan Ampang Bay, Alor Setar hari ini akhirnya ditemukan meninggal dunia.

Mayat Ooi Cheah Jhun, 28, yang beralamat di Jalan Anggerik, Alor Setar ditemukan di tempat duduk pemandu dalam kereta jenis Perodua Axia di dasar sungai berkenaan dan masih memakai tali pinggang keledar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 10.37 pagi dan sebanyak 12 anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Jitra dan Sungai Petani telah digerakkan ke lokasi kejadian. Mereka telah melakukan lima selaman bermula jam 1.29 petang.

“Kira-kira 2.35 petang, kereta mangsa berjaya ditemukan di dasar sungai dan dibawa naik menggunakan peralatan khas, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Ismail, saksi yang melihat kejadian itu memaklumkan kereta berkenaan dihanyutkan arus deras sebaik jatuh ke dalam sungai sebelum beransur tenggelam.

“Kereta ditemukan kira-kira 20 meter dari lokasi awal ia melanggar tebing dan tenggelam pada kedalaman tujuh meter. Pasukan penyelamat menghadapi sedikit kesukaran untuk mengesan kereta itu berikutan air keruh dan arus sungai yang deras,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img