Kerjasama BN-PH boleh menang selesa di Pahang, kata Wan Rosdy

KERJASAMA antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) antara pilihan untuk mengekalkan kemenangan BN dengan selesa di Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Menteri Besar  Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dapatan itu adalah hasil kajian perintis yang dijalankan bersama kepimpinan UMNO Bahagian di Pahang.

Katanya, kajian itu melibatkan penilaian terhadap tiga senario jajaran politik iaitu kerjasama BN-PH, BN-PN dan BN bertanding solo.

“Daripada tiga kajian tersebut, semuanya BN boleh menang. Rumusannya, nak selesa, nak cuci tangan, dengan PH. Kalau dengan PN hilang 15% pengundi Cina, tetapi masih boleh menang. Kalau solo, masih boleh menang tetapi risikonya sangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Kuala Lumpur hari ini.

Wan Rosdy berkata, keputusan muktamad berhubung bentuk kerjasama politik di Pahang masih dalam perbincangan dan bakal ditentukan pucuk pimpinan parti.

“Setakat hari ini masih lagi dalam perbincangan. Insya-Allah apabila semua maklumat dapat diperolehi, saya dan rakan-rakan akan mengadap Presiden untuk berbincang lebih lanjut sebelum membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata Pahang merupakan satu-satunya negeri yang mengekalkan pentadbiran BN tanpa putus.

Oleh itu  Wan Rosdy berikrar untuk mempertahankan kubu kuat parti itu daripada jatuh ke tangan pihak lain.

“Hanya Pahang sahaja yang DNA tidak putus UMNO yang memerintah negeri ini. Negeri lain pernah terputus, tetapi Pahang tidak pernah,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here