Kerjasama BN–PN goyah: Kuasa didahulukan, kebajikan rakyat bakal tergadai

KEPUTUSAN Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menerusi pakatan tidak rasmi bersama Perikatan Nasional (PN) kononnya atas nama penyatuan bangsa membuktikan kedua-dua gabungan tersebut semakin ketandusan tawaran substantif untuk meyakinkan pengundi.

Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nurhanani Dhamirah Razaleh berkata, setelah gagal mempertikaikan rekod pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun, BN dan PN kini kembali memainkan naratif politik lapuk yang bersifat sempit serta memecahbelahkan masyarakat.

 

NURHANANI Dhamirah Razaleh

“Hakikatnya, kepimpinan Datuk Seri Aminuddin atau Tok Min telah membuktikan keupayaan mengurus Negeri Sembilan secara stabil, memperkukuh ekonomi negeri dan melaksanakan pelbagai inisiatif yang manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nurhanani Dhamirah, pakatan BN–PN juga tidak menawarkan kepastian mengenai siapa yang akan menerajui kerajaan sekiranya mereka menang.

Tegasnya, perebutan jawatan Menteri Besar berisiko mencetuskan pertikaian dan pergolakan dalaman, sekali gus mengulangi episod ketidakstabilan politik yang akhirnya menjejaskan pentadbiran serta kehidupan rakyat.

“Negeri Sembilan tidak boleh dijadikan medan percaturan kuasa antara pemimpin yang hanya bersatu demi kepentingan politik.

“Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berwibawa dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada ekonomi, peluang pekerjaan serta kebajikan mereka,” jelas beliau.

Justeru, katanya, kerajaan negeri di bawah pimpinan Tok Min perlu dikekalkan sebagai pilihan terbaik.

Menurut beliau, sokongan kepada Aminuddin bukan sahaja berasaskan rekod pentadbiran yang terbukti, tetapi juga menjadi isyarat tegas rakyat menolak politik retorik, percaturan kuasa dan tindakan BN yang telah menyebabkan PRN ini terpaksa diadakan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img