Kes bunuh : Tiga pelajar IPTS warga asing ditahan di Ipoh

POLIS menahan tiga lelaki warga asing yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana disyaki terbabit dengan kes pembunuhan seorang lelaki tempatan di Kampung Kuchai, Ipoh pada 18 September lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata ketiga-tiga suspek berumur antara 17 hingga 20 tahun itu ditahan di pangsapuri penginapan mereka, hari ini.

Beliau berkata mangsa berusia 53 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan lapang oleh orang awam dalam keadaan terbaring serta mengalami kecederaan pada bahagian muka.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun selepas beberapa kali menerima rawatan mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 6.42 petang semalam.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah kecederaan trauma tumpul pada bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Najib  berkata susulan siasatan yang dijalankan, polis telah menahan tiga suspek bagi menyiasat kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan hubungan mangsa dengan suspek.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh menerusi talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here