Ketua Geng Rames terlibat dua kes bunuh ditahan Polis India, Thailand

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan seorang lelaki yang juga ketua kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai Geng Rames yang aktif di kawasan SG Division, Sungai Petani, Kedah.

Suspek amat dikehendaki polis bagi kerana dipercayai terlibat dalam dua kes pembunuhan iaitu di Padang Serai dan Bedong, Kedah sekitar Februari dan Ogos 2024.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, suspek ditahan dalam Op Tiga pada 22 Mei lalu hasil kerjasama pihak berkuasa India dan Thailand.

Menurutnya, suspek diberkas ketika dalam penerbangan dari Bangkok, Thailand menuju ke Hyderabad, India sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

“Suspek ditangkap berdasarkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Sungai Petani selain mempunyai Notis Merah Interpol (Polis Antarabangsa).

“Dia ditahan kerana disyaki menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dan disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kumar, seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Katanya, suspek yang direman sehingga 29 Mei ini turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membabitkan dua kes pembunuhan di Padang Serai dan Bedong, Kedah pada Februari dan Ogos 2024.

“PDRM merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa India dan Thailand atas kerjasama erat yang diberikan dalam usaha mengesan serta menahan suspek,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img