Konvoi PRN tanpa topi keledar, JPJ Johor buru penunggang motosikal

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengesan beberapa individu yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar ketika menyertai konvoi sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), minggu lalu.

Pengarah JPJ Johor, Zulkarnain Yasin berkata, setakat ini pihaknya sudah mengeluarkan empat Notis 114 (Notis Temu Siasat) kepada individu terbabit.

Menurutnya, jumlah itu dijangka meningkat susulan pihaknya masih menerima aduan orang awam berhubung kesalahan berkenaan.

“JPJ masih menerima pelbagai aduan daripada orang awam berhubung kesalahan lalu lintas sepanjang tempoh kempen PRN lalu.

“Kita sudah mengenal pasti beberapa individu menerusi video dan gambar yang tular. Bagaimanapun, jumlah notis dijangka meningkat kerana kita masih menerima banyak aduan berserta gambar daripada orang awam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Operasi Bersepadu Dadah ke atas Kenderaan Perdagangan dan Perkhidmatan Awam di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Pagoh, hari ini, lapor Harian Metro.

Zulkarnain berkata, Notis 114 menghendaki individu terbabit hadir ke mana-mana pejabat JPJ dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan bagi membantu siasatan.

Katanya, individu yang gagal hadir selepas menerima notis berkenaan boleh dikenakan kompaun maksimum RM300 atau didenda sehingga RM2,000 jika disabitkan kesalahan di mahkamah.

Tambahnya, JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang jalan raya termasuk ketika menyertai konvoi atau kempen politik.

“Undang-undang tetap undang-undang. Kita tidak berpihak kepada mana-mana dan keselamatan pengguna jalan raya perlu diutamakan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img