KPDN rampas lebih tiga tan minyak, gula seludup di rumah terbengkalai

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan manumpaskan satu sindiket penyeludupan yang menjadikan sebuah rumah terbengkalai sebagai stor penyimpanan barang kawalan apabila merampas lebih tiga tan gula dan minyak masak di Kampung Bunuhan, Tumpat semalam.

Dalam serbuan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 pada jam 5.50 petang itu, pasukan penguat kuasa turut menahan seorang lelaki berusia 47 tahun.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, ketika operasi dilakukan pihaknya mengesan aktiviti yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah rumah terbengkalai dijadikan lokasi penyimpanan minyak masak dan gula sebelum dibawa menggunakan kenderaan ke kawasan sempadan Malaysia–Thailand.

“Ketika itu kita turut mengesan dua kereta Proton Iswara berada di lokasi sama dengan tiga orang lelaki sedang melakukan kerja pemunggahan barangan terbabit sebelum seorang daripada mereka berjaya ditahan, manakala dua lagi melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aswadi, pemeriksaan terhadap kediaman dan kenderaan berkenaan menemukan lebih tiga tan minyak masak dan gula dipercayai untuk diseludup ke Thailand.

“Nilai rampasan keseluruhan membabitkan hampir RM33,000 dan kes ini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img