Pemandu lori maut, tiga cedera kemalangan di PLUS

SEORANG pemandu lori maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 378 Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) arah utara dekat Tanjung Malim petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.57 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian sejauh 30 kilometer.

“Kemalangan melibatkan seorang pemandu berusia 24 tahun yang maut apabila lori muatan beras jenis Isuzu dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan treler muatan gulungan besi jenis Volvo dan lori muatan barangan terpakai jenis Nissan UD.

“Lelaki tersebut tersepit di bahagian pemandu dan telah disahkan maut di lokasi oleh petugas kesihatan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dan BBP Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi dengan jentera FRT dan EMRS, katanya.

Sabarodzi berkata, tiga lagi mangsa hanya mengalami kecederaan dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.58 petang.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img