KPM buka siasatan dalaman insiden pelajar maut dirempuh dalam sekolah

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman berhubung insiden kemalangan yang meragut nyawa seorang pelajar perempuan tingkatan satu di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di Kota Bharu hari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, siasatan dalaman itu bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan, selain kejadian juga sedang disiasat pihak berkuasa.

“Mendapat perkhabaran duka pemergian anakanda Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin yang terlibat kemalangan pada petang ini.

“Mewakili seluruh keluarga KPM, saya zahirkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Fadhlina berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan sedang menguruskan bantuan terbaik kepada keluarga mangsa, dengan aspek kebajikan dan kesejahteraan pihak terlibat perlu diberi tumpuan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, seorang pelajar perempuan tingkatan satu maut manakala seorang lagi pelajar parah selepas dirempuh sebuah kereta di hadapan surau perempuan sekolah tersebut.

Beliau berkata, kejadian pada jam 1.50 petang itu dipercayai berlaku apabila pemandu wanita itu tersalah menekan pedal minyak menyebabkan kenderaannya terbabas dan melanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut di hadapan surau itu serta tiang batu surau berkenaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img