Layak ke Final Kejohanan Dunia, bagaikan hadiah merdeka Pearly -Thinaah untuk negara

KEJAYAAN pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah layak ke pentas final Kejohanan Badminton Dunia di Adidas Arena, Paris bagaikan hadiah merdeka kepada negara yang menyambut Hari Kemerdekaan Ke-68 hari ini.

Sememangnya seluruh rakyat Malaysia pasti mendoakan Pearly Tan- M Thinaah akan meneruskan rentak cemerlang dalam perlawanan akhir nanti selepas di peringkat separuh akhir malam tadi, mereka dengan penuh semangat menewaskan pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam pertarungan tiga set selama 66 minit.

 Biarpun pertemuan dengan pasangan Jepun yang dianggap musuh tradisi kepada Pearly Tan- M Thinaah berlangsung sengit, namun semangat juang yang tinggi memungkinkan mereka menang dalam pertembungan tiga set 14-21, 21-13,21-12.

Dengan prestasi yang mengagumkan itu, ia sekaligus memberi harapan kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah beregu wanita Malaysia bukan sahaja layak ke perlawanan akhir tetapi juga  memenangi Kejohanan dunia tersebut.

 Dalam perlawanan separuh akhir itu, beberapa kesilapan mudah yang dilakukan oleh Thinaah di jaring membolehkan pasangan Jepun tersebut meraih mata dan sekaligus menang set pertama 21-14.

 Bagaimanapun kekalahan di set itu sama sekali tidak meragut semangat Pearly-Thinaah apabila mereka menunjukkan permainan penuh bersemangat pada set kedua bagi membuka lauan untuk menang 21-13.

Pada set penentuan, Nami-Chiharu bagaikan sudah tidak mampu lagi menandingi semangat juang Pearly-Thinaah yang memenangi set tersebut 21-12.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img