Lelaki direman tiga hari ceroboh Wisma Darul Aman

SEORANG lelaki ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai menceroboh kawasan Wisma Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini, bermula sehingga 18 November.

Suspek ditahan kira-kira jam 8.10 pagi selepas memasuki kawasan bangunan berkenaan dengan menaiki motosikal tanpa menjalani pemeriksaan di pos pengawal keselamatan.

Lelaki itu kemudian mengeluarkan sebilah pisau kecil berwarna hitam dan mengacukannya ke arah pengawal keselamatan sebelum berjaya ditahan serta diserahkan kepada pihak polis.

Ujian saringan air kencing terhadap suspek turut mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (ABKLSB), lapor BH.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here