Cucu pukul nenek, ugut dengan parang direman empat hari

SEORANG pengutip besi buruk direman selama empat hari selepas disyaki memukul neneknya menggunakan tali pinggang dan mengugut wanita warga emas itu dengan parang di Batu 1 1/2, Jalan Yong Peng, Batu Pahat.

Perintah reman terhadap suspek berusia 18 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman sehingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat ahli keluarga mangsa, kejadian dipercayai berlaku selepas suspek memaksa neneknya yang berusia 75 tahun meminta wang daripada jiran bagi menampung perbelanjaannya.

Bagaimanapun, keengganan mangsa berbuat demikian menyebabkan suspek berang sebelum dipercayai memukul bahu kiri dan belakang mangsa menggunakan tali pinggang.

Suspek turut didakwa mengacukan parang sambil mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap mangsa.

Siasatan awal mendapati suspek dijaga oleh neneknya sejak kecil selepas ibu bapanya bercerai.

Bimbang akan keselamatan dirinya, mangsa ditemani ahli keluarga membuat laporan di Balai Polis Yong Peng kelmarin, lapor Buletin TV3.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya serta Seksyen 506 kanun sama berkaitan ugutan jenayah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here