SEORANG lelaki maut selepas tersepit di bawah sebuah kereta di Taman Seri, Batang Kali di Hulu Selangor hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.20 petang, sebelum sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa bergegas ke lokasi.
“Sebaik sahaja tiba, anggota mendapati seorang lelaki dewasa tersepit dan berada di bawah sebuah kereta Proton Saga.
“Kerja mengeluarkan mangsa kemudian dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang berjaya dibawa keluar bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


