Lelaki Myanmar disyaki bunuh rakan senegara diburu

POLIS sedang memburu suspek utama kes bunuh seorang lelaki warga Myanmar yang berlaku di Lorong IKS Juru 5, Simpang Ampat, Bukit Mertajam pada 5 April.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti lelaki berusia lingkungan 30-an itu yang juga rakan senegara mangsa.

“Polis percaya suspek masih berada dalam negara ini,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Menurut beliau, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Azizee berkata, tiga rakan suspek utama terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita yang ditahan sehari selepas kejadian akan dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam kejadian pada 5 April lalu, seorang pekerja kilang warga Myanmar berusia 53 tahun ditemukan maut dalam keadaan meniarap di tepi jalan dengan kesan tikaman pada bahagian rusuk.

Suspek dikatakan memaklumkan kejadian itu kepada seorang rakan yang kemudiannya menyalurkan maklumat tersebut kepada polis pada jam 10.50 malam.

Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat luka tikaman pada jantung.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua rakan lelaki dan seorang wanita dipercayai kekasih suspek yang berusia 37 dan 38 tahun bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img