Sidang media mingguan Fahmi Fadzil akan dibuat secara hibrid

SIDANG media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil selepas ini akan dilaksanakan secara hibrid bagi mengurangkan beban para pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global ketika ini.

Menurut Fahmi, permohonan pengekalan kuota BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk petugas media juga akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Selasa depan.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian ketika diminta ulas sama ada pengamal media akan diberi kuota 300 liter untuk Petrol RON95 melalui inisiatif BUDI95.

“Bagi mengurangkan beban rakan media, sidang media mingguan kementerian komunikasi akan dilaksanakan secara hibrid.

“Wartawan dari Kuala Lumpur tidak perlu lagi hadir secara fizikal ke Putrajaya,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR Gombak 2026 di Dewan Sri Siantan Majlis Pebandaran Selayang hari ini.

Fahmi semalam dilaporkan berkata, permohonan pengekalan kuota 300 liter BUDI95 untuk pengamal media akan dibawa ke MTEN pada Selasa depan.

Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) sebelum ini memohon kerajaan mempertimbangkan pengecualian khas kepada pengamal media berdaftar supaya mengekalkan kuota 300 liter petrol RON95 sebulan.

Menurut GKMM, pihaknya menerima banyak keluhan daripada pengamal media khususnya di negeri-negeri yang perlu melakukan perjalanan jauh serta berulang-alik ke lokasi liputan setiap hari.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img