Lelaki rugi RM11,000 diperas ugut kenalan aplikasi

SEORANG lelaki berusia 24 tahun kerugian RM11,000 selepas menjadi mangsa pemerasan dalam talian oleh individu yang dikenalinya menerusi aplikasi mencari kenalan.

Menurut sumber, mangsa pada mulanya berkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Lara yang mendakwa menetap di Norzagaray, Filipina, sebelum meneruskan perbualan menerusi aplikasi pemesejan pada 11 Oktober lalu.

“Wanita terbabit kemudian mengajak mangsa melakukan panggilan video dan ketika itulah suspek merakam video mangsa.

“Suspek juga mengugut ingin menyebarkan video itu kepada rakan dan ahli keluarga mangsa jika dia tidak membayar sejumlah wang,” katanya, lapor Harian Metro.

Sumber berkata, mangsa yang panik kemudian membuat beberapa transaksi berjumlah RM11,000 ke akaun diberikan suspek.

“Bagaimanapun, selepas menerima wang itu, individu terbabit terus meminta bayaran tambahan menyebabkan mangsa yang trauma membuat laporan di Balai Polis Kepong, Isnin lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here