Pegawai kanan polis direman bantu siasatan kes peras ugut

SEORANG pegawai kanan polis direman empat hari bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan seorang lelaki tempatan di kawasan Bukit Bintang, Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.30 pagi pada 14 Mac di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Angsoka, Bukit Bintang.

“Siasatan awal mendapati pengadu dimaklumkan rakannya ditahan sekumpulan individu dipercayai anggota polis ketika turun dari sebuah kereta Mercedes-Benz.

“Rakannya didakwa disyaki terbabit kegiatan scammer atau calling centre selain mendakwa majikan mereka warga China dikehendaki pihak berkuasa di China dan Kemboja,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pengadu kemudian hadir ke lokasi sebelum mendapati rakannya digari hampir sejam sebelum dibebaskan.

“Pengadu mendakwa dipaksa menyerahkan wang RM5,000 kepada individu terbabit di restoran berkenaan.

“Pada malam sama kira-kira jam 10 malam, pengadu sekali lagi menerima panggilan telefon meminta dia hadir ke sebuah premis di Ampang untuk berbincang mengenai kes majikannya sebelum diminta menyerahkan tambahan wang RM2,500,” katanya.

Menurutnya, pengadu kemudian membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati terhadap tindakan anggota terbabit yang didakwa mengugut dan meminta wang.

Sazalee berkata, seorang pegawai polis kemudian ditahan bagi membantu siasatan dan direman selama empat hari bermula semalam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img