Lelaki terbunuh dalam kemalangan, tercampak dan tersangkut di dahan pokok kelapa sawit

SEORANG lelaki berusia 41 tahun terbunuh dalam keadaan tercampak keluar dari kereta dan tersangkut di dahan pokok sawit dalam kemalangan di Kampung Panggong Jaya, Gua Musang, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhamad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut pada jam 10.58 pagi sebelum sebuah jentera bersama pasukan penyelamat bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, anggota bomba tiba di tempat kejadian pada jam 11.11 pagi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Axia serta lori.

“Sebaik tiba, kami mendapati seorang mangsa lelaki tercampak keluar dari kereta  dan tersangkut di dahan pokok kelapa sawit berhampiran lokasi kemalangan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lapor Sinar Harian.

Ujar beliau, operasi itu turut melibatkan sembilan anggota BBP Gua Musang dengan bantuan Polis

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img