Wanita muda mengaku salah campak bayi dari tingkat 10 flat

SEORANG  wanita muda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi perempuannya yang baru dilahirkan selepas dipercayai mencampak mangsa dari tingkat 10 sebuah flat, bulan lalu.

Tertuduh, Nuran Batrisya Jamaludin, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee. Wanita yang masih bujang itu dilihat tenang dan memahami pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Dia didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di tempat letak kenderaan di sebuah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Skudai antara 11 pagi hingga 2.30 petang pada 20 Mei lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 3 Julai depan untuk serahan dokumen, menunggu laporan bedah siasat serta keputusan hukuman, lapor Bernama.

Pegawai Pendakwa R. Nevina tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap wanita itu yang mempunyai seorang lagi bayi, iaitu kembar kepada mangsa.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM20,000 dengan dua penjamin, selain dikenakan syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Sebelum ini, polis dilapor menahan seorang wanita tempatan kerana dipercayai mencampak bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari tingkat 10 sebuah rumah pangsa di bandar raya ini dalam kejadian pada Mei lepas.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img