SEORANG lelaki warga Korea Selatan yang dikehendaki pihak berkuasa negara asalnya ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam satu operasi di sebuah premis di Bukit Jali, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, lelaki tersebut bersembunyi di Malaysia selepas melarikan diri dari negara asalnya.
Bagaimanapun, kesalahan yang menyebabkan lelaki berkenaan dikehendaki masih belum diperincikan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.


