Malaysia sudah buat bantahan keras terhadap tindakan rejim Zionis tahan 16 rakyat Malaysia

MALAYSIA sudah membuat bantahan keras terhadap tindakan rejim Zionis menahan 16 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka antara lebih 100 aktivis yang terbabit dalam misi aman menuju Gaza bagi membela kemanusiaan sejagat, selepas kapal yang dinaiki aktivis berkenaan dipintas di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.

“Kita dah bantah keras,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara 2025 di Bukit Jalil hari ini.

Anwar semalam mengecam tindakan rejim Zionis yang memintas flotilla kemanusiaan Gaza dan menahan lebih 100 aktivis, termasuk 16 dari Malaysia.

Beliau berkata, tindakan kurang ajar rejim Zionis terhadap misi bantuan kemanusiaan itu dilihat bukan saja mencabuli hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, malah memperlihatkan kerakusan mereka.

Media semalam melaporkan jumlah rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 ditahan tentera Israel meningkat kepada 16 orang.

Perkembangan sehingga jam 7.05 malam itu dikongsi melalui paparan langsung yang disiarkan di Pusat Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Malaysia, Sepang.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img