Mayat bayi tanpa kepala,satu tangan ditemukan dalam longkang

MAYAT seorang bayi tanpa kepala dan satu tangan ditemukan di dalam longkang di kawasan perumahan di Kampung Padang Setengge, Kuala Berang petang tadi.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada 6.52 petang.

Susulan laporan berkenaan, polis menghubungi unit forensik dan unit K9 IPK Terengganu untuk membantu siasatan serta mengumpul bukti di lokasi kejadian.

“Mayat bayi itu ditemukan oleh seorang wanita ketika membasuh pakaian di belakang rumahnya. Ketika ditemukan, mayat berkenaan berada dalam keadaan tanpa kepala dan satu tangan,” menurut kenyataan.

Setakat ini, polis belum dapat mengenal pasti jantina dan kewarganegaraan bayi berkenaan. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here