Mayat dalam beg ditemukan di sebuah rumah kosong, polis percaya kehilangan Suri Narudin ada kaitan

MAYAT yang dimuatkan dalam sebuah beg ditemukan ditanam di belakang sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas di Negeri Sembilan hari ini.

Walaupun identiti mayat itu masih belum dikenal pasti namun Polis Negeri Sembilan percaya penemuan mayat itu mempunyai kaitan dengan kes kehilangan seorang wanita yang dilaporkan di Ampang Jaya, Selangor sejak 8 Disember lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan penemuan mayat tersebut dan memberitahu, mayat wanita berkenaan disyaki berkaitan kes orang hilang selepas ahli keluarga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 15 Disember lalu.

“Susulan daripada laporan tersebut, polis hari ini menerima satu laporan di Balai Polis Pedas, Rembau.

“Bertindak atas maklumat, polis telah pergi ke sebuah rumah di Jalan Pedas-Linggi untuk pemeriksaan lanjut dan telah mengesan unsur-unsur berlakunya perlakuan jenayah di kawasan belakang rumah tersebut,” katanya hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Alzafny, pemeriksaan lanjut telah menjumpai satu beg mengandungi mayat seorang perempuan yang ditanam.

Beliau berkata, polis kini sedang giat menjalankan siasatan dan usaha mengesan individu yang disyaki terlibat dalam kes ini.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Rembau dan proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dijangka jam 9.30 pagi esok,” katanya.

Suri Narudin

utusanmelayuplus semalam melaporkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan seorang wanita, Suri Narudin yang dilaporkan hilang sejak 8 Disember.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komsioner Khairul Anuar Khalid dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan wanita berusia 53 tahun itu daripada ibu saudaranya.

Katanya, wanita berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung kehilangan anak saudaranya.

“Berikutan itu polis telah membuka kertas siasatan dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan wanita itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img