Mayat lelaki terbakar ditemukan di tepi landasan kereta api

MAYAT seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi landasan kereta api laluan Kempas-Pasir Gudang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu di antara kilometer 22.50 dan kilometer 22.75 berhampiran landasan berkenaan pada jam 4.20 petang.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan mengalami kecederaan terbakar hampir 70 peratus pada tubuhnya.

Menurutnya, berdasarkan keadaan mayat, lelaki itu dipercayai membakar dirinya sendiri.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Pasir Gudang untuk bedah siasat yang mendapati punca kematian adalah akibat melecur atau terbakar yang serius.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Terdahulu, penemuan mayat dalam keadaan terbakar itu tular di media sosial, dengan dakwaan mangsa dibunuh.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here