Pemandu maut, penumpang parah kereta terbabas terbakar

SEORANG lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar di bulatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jalan Bundusan, di Penampang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu berusia lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala penumpang lelaki yang juga dalam lingkungan usia sama ditemukan tidak sedarkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.21 pagi sebelum lapan anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas menyelamat.

“Pemandu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala penumpang yang tidak sedarkan diri diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS),” katanya.

Menurutnya, penumpang yang parah kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here