Mayat suami isteri kereta terjunam dalam Sungai Rompin ditemukan

PASANGAN suami isteri yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki mereka terjunam dalam Sungai Rompin semalam ditemukan pasukan mencari dan menyelamat hari ini.

Mayat pasangan berkenaan ditemukan terperangkap dalam kenderaan itu yang ditemui di dasar sungai kira-kira 60 meter dari lokasi kejadian berhampiran Kampung Rantau Panjang, Leban Chondong, Kuala Rompin, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mayat Mohd Zairil Bidin, 40, dan isterinya, Aisyah Shafie, 55 dari Felda Keratong 3, Bandar Tun Razak ditemukan dalam kereta Perodua Myvi kira-kira 2.50 petang.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat hari kedua itu berjaya menemukan kereta itu pada 11 pagi di dasar Sungai Rompin.

“Kenderaan itu berjaya dinaikkan pada 2.50 petang dengan bantuan kren sebelum mayat kedua mangsa dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat,

“Kertas siasatan kes orang hilang telah diklasifikasikan semula sebagai mati mengejut dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam itu, Mohd Zairil dan isterinya, Aisyah dilaporkan hilang selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Rompin pada kedalaman dianggarkan 10 meter.

Pihak bomba menjalankan pencarian di permukaan menggunakan bot aluminium, manakala Unit Penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Pekan diaktifkan untuk menjalankan selaman.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img