MCMC siasat akaun Facebook didakwa hina Sultan Selangor

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook “Vikke Lee” berhubung hantaran yang disyaki mengandungi unsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kandungan berkenaan dipercayai mengandungi unsur jelik melampau serta menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R).

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, rakaman percakapan telah diambil di Balai Polis Seri Petaling bagi membantu siasatan.

Selain itu, kata MCMC, sebuah telefon bimbit bersama satu kad SIM turut disita untuk tujuan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,” kata kenyataan dikeluarkan MCMC.

MCMC memandang serius penyebaran kandungan dalam talian yang disyaki mengandungi maklumat palsu atau unsur penghinaan terhadap institusi diraja, khususnya bahan yang berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya menggunakan platform media sosial secara bertanggungjawab dan tidak menghasilkan atau menyebarkan kandungan yang melanggar undang-undang negara.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here